Sempena Hari Guru yang disambut hari ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas murid Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru, menitipkan sedikit pesanan kepada semua guru.

"Kepada semua cikgu di luar sana, negara ini dibina oleh anda. Tanpa sokongan dan dorongan yang datang daripada golongan pendidik negara, tak kan kita ada pemimpin yang berjaya.

"Saya berharap kepada semua cikgu, kalau ada anak murid yang nakal seperti saya, bimbinglah mereka kerana perubahan hidup seseorang itu daripada keluarga yang susah, atau ada masalah yang tersendiri, boleh datang daripada seorang cikgu yang tak tahu erti penat lelah, untuk membantu anak murid itu menjadi salah seorang pemimpin," kata Syed Saddiq, yang juga Ahli Parlimen Muar.