Semua orang nak berjaya. Ada yang melalui langkah yang mudah dan pantas, namun dan ada juga yang perlu melalui jalan yang berliku. 'Study smart, don't study hard'. Pernah dengar pepatah ini? Untuk jadi seorang pelajar cemerlang, memang kena belajar dengan tekun dan rajin. Cuma kena bijak mengatur masa dan menggunakan teknik belajar yang betul. Kalau tidak, penat saja habiskan masa belajar tapi tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya. Anda akan kurang stres, belajar dengan gembira jika mendapat teknik yang betul. Nah, ini kami kongsikan teknik belajar yang betul daripada seorang netizen yang dikenali dengan nama 'budak ANC' yang dikongsikan melalui laman facebook IIUM Confessions. Cuba ye. Korang, insya-ALLAH dapat 'score'!

============================

Rahsia Aku Dekan Setiap Semester

============================

Assalamualaikum loyal readers where ever you are from,

Aku just nak share macam mana aku dekan setiap sem dan dianugerahkan Anugerah Naib Chanselor (ANC) semasa konvo. Tips ni jugak boleh apply untuk big exam lain contohnya SPM , PT3 and so on. Aku straight to the point je ye.

1) Analisis past year.

Untuk cemerlang kita memang perlu usaha dan study. but please, study HARD in a SMART way. salah satu smart way ialah, ko jangan bebankan otak untuk tahu semua benda. Go study past year questions format, bentuk soalan, berapa allocation marks setiap soalan, kenal pasti cara menjawab yang boleh membuatkan ko dapat full marks. Nak jawab dalam peranggan ke dalam point? semua ni penting. Ask ur lecture/ cikgu sebab dorang yang gubal soalan, dorang yang akan mark ur paper. So make sure sebelum sit for ur examination, part ni dah setel dulu. Even sebelum start study semua topik, study past years dulu bagi khatam.

2) Kenal pasti ur study style.

Semua orang mempunyai gaya study yang berbeza. Aku dulu berexperiment juga. Aku pernah try study dengan buat short note through out the sem. kiranya study dari awal sem dan prepare semua dari awal. but then, sampai masa exam aku blur. aku lupa semua benda sebab terlalu banyak dalam kepala dan sebab dah lama sangat dalam kepala. lepas tu aku pernah join study grup ramai-ramai, but then its so ineffective. banyak masa terbazir dengan makan dan sembang berjemaah, then aku jadi pressure bila tengok orang lain dah study banyak, dah khatam semua sedangkan aku macam tak pernah tahu pon apa yang dorang study tu, dah cuak dah kat situ. so aku decide untuk study with my own pace. kalau tak faham then aku jumpa lecture or aku tanya dengan coursemate lain. remember, study hard tak semestinya bagus. bagi aku, biar masa study aku tak begitu lama tapi berkualiti dan padat. Thats in my next point.

3) Put pressure and give reward

Sebelum aku start study, aku akan campak henpon jaun-jauh atau suruh kawan aku pegangkan. supaya tak ada gangguan yang akan menghanyutkan. Next aku amek kertas, tulis berapa jam aku nak study. dan apa yang aku nk achive lepas aku study, tampal kat papan dan set jam. contoh:-

12 am-1am: 1 jam habiskan satu topik A
1am- 2.30am: 1 jam setengan habiskan topik B (sebab topik susah lebihkan masa sikit)

so, aku akan pressure diri untuk capai target tu, tak de buang masa. tak de gangguan dan aku hadam dan fokus betul-betul. serap 100% sebab aku tak suka buat benda panjang-panjang dan ulang-ulang.

aku memang suka study awal malam sampai awal pagi. suasana hening dan sunyi, tak de suara-siuara yang bising, tak de pekikan bilik sebelah yang mengilai seperti puntianak. masa tu otak aku laju menyedut ilmu. so korang kenal pasti otak korang cergas masa bila dan sila study masa tu untuk pencapaian maksimum. Dan spesies aku suka study dengar musik. aku akan sumbat telinga dengan lagu trance yang rancak tanpa vocal (means bunyi instrumen dan beat sahaja). ini sangat membantu aku untuk fokus dan kekal segar sepanjang malam, dan paling penting mengelakkan aku dari terdengar bunyi-bunyi yang tak diundang di tengah malam seorang diri.

and bila aku habis je capat target aku dalam 1 jam ke 2 jam yang pertama, aku akan award diri dengan kembali kepada phone dan main game sekejap. zaman tu aku main coc dan simcity build. dalam 10 minit then aku teruskan study seperti yang di jadualkan. cara ini juga akan membuatkan otak relax dan tak cramp.

4) Study till the very last minute

Yes, study hingga ke saat-saat terakhir sangat membantu. Percayalah, apa yang kau baca saat akhir tu akan muncul dengan jelas masa kau hadap exam paper. study sampai saat-saat penjaga periksa seru kau masuk dewan peperiksaan. baca je. jangan kata dah cukup sedia dan nak rilex sebelum menjawab peperiksaan. Aku dah cuba semua tu. apa yang kau baca kat luar pintu dewan tu akan terbayang-bayang masa kau asyik menulis jawapan nanti. paling kurang boleh buat point untuk menggoreng kalau dah kehabisan idea.

5) tackle pemeriksa

Ni bonus, kau tulis no soalan, jawapan kemas-kemas, sistematik ikut susunan, jangan peningkan kepala pemeriksa. tulisan bagi cantik dan kemas. dan bahagian bawah jawapan tu ko tulis jumlah allocation marks dalam kurungan. ini semua untuk memudahkan pemeriksa untuk periksa kertas ko dan seterusnya tanpa segan silu bagi markah yang sepatutnya. dengan harapan ko dapatlah marah full tu. amin.

6) Ikhtiar dan tawakkal

Part ni the most important one. Common sense. Kau belajar tadi kerana Allah, respect lecturers dan guru-guru. tenangkan hati. Jangan gelabah or stress. Call parents terutamanya ibu, bagitau kita nk periksa subjek apa, pukul berapa. mintak mak kita doakan kita masa kita jawab periksa tu. Penting sangat. Kadang-kadang kejayaan kita ni tak lain tak bukan kerana kuasa doa tak terhijab seorang ibu buat anaknya. Ikhtiar jawab yang terbaik, target full marks. goreng selagi boleh. acah-acah penuh kertas dengan jawapan.

mak aku selalu pesan “ujian ni ujian dunia je, belum ujian dalam kubur lagi” ni yang buat aku rilex habis. haha

yang selalu aku buat masa exam, start masuk dewan banyakkan selawat. doa supaya Allah mudahkan apa jua urusan “rabbiyassir wala tuassir rabittammim bilghair”. aku tak suka keluar awal dari dewan peperiksaan walaupun aku dah siap semua soalan. tapi aku akan keluar sekali untuk ke toilet supaya kendurkan urat otak yang tegang dan mencari ilham di luar dewan apa lagi yang nak di tambah dalam kertas jawapan aku ni (selain lalu lalang dalam dewan tengok orang pelbagai reaction). lepas aku dah siap jawab semua soalan, dah semak berulang kali aku akan bacakan alfatihah dan hembuskan pada setiap helaian jawapan aku dan sapukan kat atas tu supaya pemeriksa kertas tu nanti hatinya tenang dan nampak semua yang elok-elok dan betul je jawapan aku tu.

So please, usaha yang terbaik, capai yang terbaik. untuk diri sendiri dan secara tak semena mena korang boleh study free. sama ada dapat biasiswa atau convert loan kepada scholarship dengan result yang bagus kan? why not? Nothing is impossible. All the best sis and bro!

– budak ANC

Sumber:  FB IIUM Confessions

Teruskan 'share' ye. Semoga bermanfaat untuk semua.