Batu Kurau - Satu pekeliling mengenai keputusan rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) berkenaan pelajar bawa gajet atau peranti elektronik ke sekolah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankuasa teknikal dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad sedang membincangkan secara terperinci berhubung cadangan membenarkan penggunaan gajet dan peranti elektronik ke sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

“Dasar pendidikan sedia ada sekarang tidak membenarkan pelajar membawa gajet ke sekolah.

"Zaman telah berubah dan teknologi semakin tinggi, dunia semakin maju ke hadapan tetapi kita masih tidak membenarkan pelajar membawa gajet,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Perak di sini, semalam.