Sejarah

Sekolah Tengku Budrah ini diasaskan pada tahun 1 .1.1888 dengan nama asalnya Sekolah Melayu Arau.Sekolah ini merupakan sekolah terulung dan tertua di Negeri Perlis Indera Kayangan.

Pada mulanya sekolah ini dikhaskan untuk anak-anak kerabat di Raja dan budak-budak istana sahaja di mana ia dibina oleh pihak istana bagi kerabat diraja mendapat pendidikan awal. Tapak asal Sekolah Tengku Budriah ini ialah bertempat di Balai Pengaduan Arau. 

Pada tahun 1906,sekolah ini berpindah ke bangunan JKR 192 seperti yang masih ada sekarang.Pada tahun 1970,dua blok Sekolah Menengah Arau diserahkan kepada Sekolah Kebangsaan Arau.Mulai dari tarikh tersebut nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Tengku Budriah sempena nama DYMM Tuan Raja Perempuan Perlis. Sekolah ini ditubuhkan sebelum Penyata Rahman Talib diperkenalkan iaitu pada tahun 1961. Diantara tokoh yang pernah bersekolah di sekolah ini adalah DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL

Pada tahun 1984 ,terbina satu blok bangunan tiga tingkat dan pada tahun 1987 satu blok bangunan gotong royong telah dibina.Seterusnya pada tahun 1990 satu blok bangunan dua bilik darjah,1996 satu blok KKBP,2001 satu  blok dua bilik darjah(sekarang Pra Sekolah),2002 satu makmal komputer dan dua blok bangunan empat tingkat.

Bilangan murid sentiasa bertambah dari 9 orang pada tahun 1888 hinggalah pada tahun 2007 bilangan murid adalah seramai 1272 orang.


Visi


"Menjadikan Sekolah Tengku Budriah sebuah sekolah yang gemilang dan berciri sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2015"

 
Misi

"Membudaya amalan bermuafakat dan pengemblengan tenaga semua warga sekolah Ibu bapa dan masyarakat ke arah mencapai kegemilangan pendidikan dan visi sekolah