PETALING JAYA - Apa itu doodle? Pastinya generasi X tau tentang lukisan doodle.

Doodle adalah suatu lukisan contengan yang dilakukan tanpa sedar. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai lakaran coretan spontan yang memiliki maksud abstrak.

Ia selalunya terdiri daripada landskap, watak komik dan TV, corak geomatrik dan organik atau apa sahaja coretan secara cepat dan ringkas.

Contoh stereotaip contengan doodle yang boleh dilihat adalah pada buku pelajar yang mengelamun atau kehilangan minat dalam kelas. Namun, doodle ini sebenarnya mampu membantu seseorang itu mengekalkan tumpuan,

mudah memahami kongsep baharu dan menyimpan maklumat di dalam otak. 

Menurusi doodle yang semakin popular dari tahun ke tahun, produk penjagaan diri, Antabax mengambil langkah mengadakan satu pertandingan doodle bertemakan Doodle 'Cergas Bersama Antabax'.

Pertandingan Doodle'Cergas Bersama Antabax' telah diadakan sejak tahun 2014 dan mendapat sambutan mengalakan daripada rakyat Malaysia.

(Kedua dari kiri) Timbalan Pengarah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni, Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Mahamad Amran Bin Kamsi, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Norita Shamsudin dan  Pengurus Kumpulan Produk Penjagaan Diri dan Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim di sesi lawatan pameran Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’.

 

Pada 30 Jun hingga 30 September tahun lalu, Antabax menjalankan pertandingan ini melalui laman Facebook rasminya.

Ia dibahagikan kepada empat kategori  iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan kategori terbuka. Seramai 1,200 penyertaan diterima dari seluruh pelusuk negara.

Hasil doodle peserta yang terpilih telah dipamerkan di Balai Seni Visual Negara pada Sabtu lalu, manakala pemenang telah menerima wang tunai sejumlah RM28,000 serta barangan eksklusif Antabax.

Tempat pertama, kedua dan ketiga menerima wang tunai berjumlah RM3,00, RM1,500 dan RM800, manakala 17 pemenang saguhati dari setiap kategori akan menerima RM100.

Bagi pemenang 20 teratas kategori sekolah rendah dan menengah, bukan saja individu menerima hadiah, malah sekolah masing-masing juga diberi Kit Penjagaan Antabax, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka

dan seterusnya menggalakkan amalan kebersihan yang baik.

Para tetamu telah mengikuti sesi melukis secara langsung semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’, lalu mempamerkan kebebasan bersuara melalui seni.

 

Pada tahun ini tempat pertama dari semua ketegori  berjaya dimenangi oleh Mohd Syamil Aizat Mesman,12, dari SK Limpoon 1(Kategori Sekolah Rendah), Ng Jie Xin,17, dari SMK Tun Saban (Kategori Sekolah Menengah),

Leong Ka Mun,18, dari International Advertising, Communication and Technology College(Kategori IPT) dan  Mohamad Shariffudin Mohamadiah, 35, (Kategori Terbuka).

Menurut Pengurus Kumpulan Produk Penjagaan Diri dan Isi Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, pertandingan doodle ini adalah satu usaha untuk menggabungkan amalan kebersihan baik dengan kemahiran

kognitif dan kreatif.

“Ini merupakan satu platform untuk mewujudkan penglibatan pengguna dan menggalakkan golongan muda bagi mengamalkan kebersihan diri melalui sebuah platform yang mereka boleh nikmati di samping mengekalkan

maklumat tentang kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, mengekalkan kebersihan diri yang baik amat penting untuk kesihatan, sosial, psikologi dan sebagai cara hidup.

“Sementara itu,  seperti yang ditunjukkan oleh kajian, mencoret baik untuk memori dan memudahkan kefahaman konsep-konsep baharu, ia juga membantu memperkukuhkan hubungan penjagaan kebersihan yang baik dengan

kesihatan,” tambahnya lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mahamad Amran  Kamsi berkata, seni coretan merupakan platform yang baik mendidik genarasi muda dengan membenarkan mereka

menyerlahkan diri sendiri.

Menurut Amran, rakyat Malaysia amat kreatif dan banyak antara lukisan yang dipamerkan menunjukkan kemahiran tinggi, teknik dan yang paling penting sekali, imaginasi serta daya cipta.

“Kementerian Pendidikan sentiasa mencari cara baharu untuk mewujudkan hubungan dengan pelajar, ibu bapa dan guru bagi menggalakkan pengajaran yang berkualiti tinggi.

“Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ mempunyai gabungan pembelajaran dan nilai-nilai kebersihan yang baik. Sesungguhnya, pertandingan Doodle ini merupakan satu kaedah berkesan untuk mendidik golongan

muda mengenai kerbersihan yang menyeluruh,” katanya.

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr.Norita Shamsudin berkata pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ merupakan satu cara yang inovatif untuk

memperkukuhkan amalan kebersihan yang baik dalam kalangan pelajar dan  dewasa.

“Ia merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa jua dengan menggunakan kertas dan pensil. Ini adalah satu perkara penting bagi generasi muda kerana pendidikan

mengenai kebersihan perlu dimulakan dari umur yang muda,” tambahnya lagi.

Pemenang kategori sekolah rendah, Mohd Syamil Aizat Mesman berkata, dia amat gemar melukis dan kerap ber-‘doodle’ di dalam kelas dan menjadi satu tabiat setiap kali dia perlu berfikir.

“Saya amat gembira kerana karya seni saya dipilih sebagai pemenang daripada ribuan penyertaan. Ia membuatkan saya lebih yakin dengan kemahiran lukisan saya. Terima kasih, Antabax, atas peluang ini,” katanya.

Pemenang kategori Sekolah Menengah, Ng Jie Xin berkata, ahli keluarganya sangat menggalakkan dan menyokongnya memasuki Pertandingan Doodle 'Cergas Bersama Antabax' ini, terutama neneknya.

“Kesenian adalah minat saya, jadi saya mencipta sepuluh karya yang berbeza untuk dipilih oleh nenek dan apa yang memeranjatkan pilihan nenek telah memenangi pertandingan kategori yang saya sertai! Terima kasih Antabax

atas platform ini, dan memberi peluang kepada kami semua untuk menzahirkan daya cipta masing-masing,” katanya.