Sebanyak empat buah sekolah di bawah kerajaan negeri perak hadir pada Malaysia #QuranHour.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah, Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan Maahad Tahfiz Negeri Perak.

Turut serta sekolah di bawah KPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusuf, Sekolah Menengah Sains (SMS) Tapah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng, SMKA Slim River dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Haji Norsyariman Haji Shaharudin berkata, seramai 400 pelajar terbabit.

"Kami bertolak seawal jam 5 pagi dengan 10 buah bas kesemuanya dan selepas program ini akan terus bertolak balik," katanya.