DAMANSARA - Majlis persaraan dua orang guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 10 Kota Damansara telah disambut meriah baru-baru ini.

Salah seorang guru yang diraikan, Norazah Abdullah, 55 telah berkhidmat selama 31 tahun sebagai guru Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5, juga merangkap jurulatih bola jaring Majlis Sukan Sekolah sekolah (MSSS).

Manakala Chung Sze Moi, 56, juga seorang guru bahasa Inggeris yang telah berkhidmat selama 32 tahun merupakan seorang lagi guru yang turut diraikan pada hari yang sama. Beliau yang menjadi guru Malaysian University English Malaysian Test (MUET) Tingkatan 6 ini turut menjadi Jurulatih Utama MUET peringkat kebangsaan.

Difahamkan majlis persaraan ini telah dilaksanakan dalam dua fasa atas faktor peperiksaan Akhir Tahun dan juga peperiksaan PT3.

Majlis persaraan fasa pertama telah diadakan pada 6 Oktober lalu bertemakan Seri Pengantin. Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar. Dalam majlis tersebut, kedua-dua guru yang bersara ini diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebagai amanat terakhir sebelum meninggalkan dunia perguruan. Majlis tambah berseri dengan persembahan serta penyampaian hadiah kepada kedua-dua guru tersebut.  

Norazah Abdullah

Bersama pelajar yang turut meraikan hari persaraannya.

Chung Sze Moi

Fasa pertama majlis persaraan bertemakan Seri Pengantin.

Manakala fasa kedua majlis persaraan ini pula telah diadakan pada 11 Oktober bertemakan Klasik untuk “Send Off” Lambaian Akhir. Majlis kali ini semakin meriah apabila kedua-dua guru Bahasa Inggeris ini diiringi dengan 15 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kesempatan merakamkan gambar kenangan.

Norazah Abdullah (kiri) dan Chung Sze Moi.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.742465.1507800484!/image/image.jpg

Lambaian akhir...diiringi dengan 15 buah motosikal berkuasa tinggi.