Pertandingan tersebut inisiatif Pengerusi Aktiviti Kemas Kapar, Samak Ahmad berserta jawatakuasa Parlimen Kapar untuk memberi suntikan semangat serta meningkatkan peratusan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam program yang dianjurkan di tabika.

Gurunya, Rosninah Mohd Said sangat gembira kerana kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak.

"Ribuan terima kasih kepada jawatan kuasa tabika, JKKKP, Bomba dan Penyelamat Balai Sungai Pinang dan ibu bapa serta komuniti setempat.

"Dalam pertandingan itu, kami menerima Wang tunai RM500 dan johan keseluruhan Parlimen Kapar berniai RM1,200.. sebanyak 57 tadika menyertainya pertandingan berkenaan," katanya.