Inilah wajah-wajah gembira calon SPM 2017 dari seluruh negara yang mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing, pagi tadi.

Tahniah diucapkan pada yang berjaya.

Kon Siew Yan mendapat 10A, 1A- dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu bersama ibunya menunjukkan Sijil Kecemerlangan yang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Hj Suhaibul dalam Majlis Pengumuman Keputusan Paperiksaan SPM 2017 hari ini - Bernama
 

Jade Marie Robert Jomiji (kiri) dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael Penampang mendapat 10A+ mengukir senyuman bersama keluarga selepas menerima Sijil Kecermerlangan dari Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Hj Suhaibul di Majlis Pengumuman keputusan Peperiksaan SPM 2017 hari ini. - Bernama
 

Sebahagian calon SPM 2017 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent Bandar Hilir gembira selepas mengambil slip keputusan SPM yang diumumkan serentak seluruh negara hari ini. Seramai 36 pelajar dari sekolah tersebut mendapat keputusan cemerlang. - Bernama

Nur Akilah Ismail (kanan) tidak dapat menahan perasaan sambil memeluk ibunya selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM apabila menerima slip keputusannya pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 dan Penyampaian Sijil di Sekolah Menengah Derma hari ini.
Nur Akilah yang sudah tidak mempunyai bapa dan ibunya tidak mempunyai pekerjaan tetap berjaya menabung hampir RM5,000 sejak tingkatan satu bagi persediaan untuk menyambung pelajaran di universiti - Bernama

Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja yang mendapat biasiswa Yayasan Universiti Malaysia M Morven menunjukkan nama beliau di paparan skrin selepas diumumkan sebagai salah seorang Pelajar Cemerlang SPM 2017 ketika Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 di Maktab Tentera Diraja Kuala Lumpur hari ini. - Bernama

Pelajar terbaik SPM 2017, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Muhammad Syafiq Irfan Sajali dijulang oleh rakan-rakannya selepas memperoleh keputusan cemerlang 10A+ pada majlis pengumuman keputusan SPM di sekolah itu hari ini. - Bernama

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis Izmi Ismail (dua, kanan) melihat slip keputusan SPM sambil mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 dan Penyampaian Sijil di Sekolah Menengah Derma hari ini. - Bernama

Dua pelajar cemerlang SPM 2017, Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Muhammad Syafiq Irfan Sajali (kiri) dan Danial Fitri Normarzshahril menunjukkan keputusan masing-masing pada majlis pengumuman keputusan SPM di sekolah itu hari ini. Muhammad Syafiq mendapat 10A+ manakala Danial Fitri mendapat 9A. - Bernama

Calon terbaik SPM negeri Melaka, Tee Ker Yin dari SMK Infant Jesus Convent, Bandar Hilir ceria menunjukkan slip keputusan SPM miliknya hari ni. Dia mendapat 11 A pada peperiksaan tersebut. - Bernama