SHAH ALAM - Seramai 40 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Klang Utama, Klang berkunjung ke Kumpulan Media Karangkraf, hari ini, bagi melihat sendiri proses penerbitan dan pencetakan buku, majalah dan al-Quran serta surat khabar Sinar Harian.  

Rombongan unit pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya sekolah itu diiringi empat guru dan Karangkraf adalah destinasi pertama bagi lawatan sambil belajar itu.

Mereka juga akan berkunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Raja Tun Uda, Shah Alam.

Guru media dan pusat sumber, Sarimah Jamip@Joned berkata lawatan ke Karangkraf itu bertujuan untuk melihat cara cetakan buku, majalah, akhbar dan sebagainya.

"Kami juga ingin dedahkan kepada murid tentang produk cetakan yang diterbitkan oleh Karangkraf dan apa yang menarik di sini.

"Harapnya pelajar dapat pengalaman berharga di sini serta dapat mengetahui bagaimana cetakan bahan bacaan dihasilkan," katanya.

Cikgu Sarimah