Pheww! Kesat peluh kat dahi sekejap. Pelajar sahaja menjangkau angka 4,000 ribu lebih. Guru..?

Senario inilah yang berlaku saban tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang. Sekolah ini dikatakan kategori sekolah menengah paling padat dan mempunyai jumlah pelajar paling ramai di negara ini.

Selautan manusia... meriah!

Dalam laporan tahun lalu, kira-kira 4,600 pelajar menuntut di sekolah ini bermula tingkatan 1 hingga 5 termasuk kelas peralihan dan juga program pendidikan khas. Untuk tingkatan 1 sahaja, terdapat 24 kelas. Begitu juga dengan tingkatan 2 dan 3.  Boleh tak bayangkan betapa ramainya pelajar sekolah ini. Cuba bayangkan saat mereka menghadiri perhimpunan dan ketika sesi rehat di kantin. Fuh! Berpeluh.

Full house! Pelajar-pelajar ketika sesi perhimpunan hari pertama persekolahan.

Berikutan jumlah pelajar yang terlampau ramai, pihak sekolah terpaksa melaksanakan pembelajaran dua sesi.

Admin tertarik dengan status yang dimuat naik oleh seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah ini, Anne Jais atau nama sebenarnya Noraniza Jais, pada hari pertama persekolahan.

"Alhamdulillah settled first day school...frankly speaking it's a tiring day. Almaklum dah lama cuti panjat2 tangga...ukur2 jalan dalam compound sekolah...lutut gegar sikit hari ni...takpe...baru warming up ni...alah bisa tegal biasa... chaiyok2 fellow teachers..."

PS: Tahun ni SMK Meru masih memegang title sekolah paling padat di alam semesta (tak percaya ke?)...doakan anak2 ini berjaya dunia dan akhirat...dan doakan juga guru2nya...semoga kami terus kuat untuk mendidik anak bangsa...aminnn"

Pelajar sahaja dah melebihi 4,000 pelajar. Guru pula? Guru pula melebihi 260 orang. Wow! Boleh ke guru-guru ini mengendalikan pelajar seramai ini? Kata Teacher Anne, "Insya-ALLAH. We work together as a team."

Rata-rata yang meninggalkan komen terkejut dengan gambar-gambar yang dimuat naik. Paling menarik pada gambar-gambar yang dimuat naik adalah..pada sesi perhimpunan hari pertama persekolahan, pelajar-pelajar memenuhi kawasan perhimpunan sehingga menghampiri pintu pagar sekolah. Lihatlah... betapa ramainya pelajar di sekolah ini. Memang meriah!

Wow! Sehingga ke pagar sekolah.

 

Menurut Teacher Anne, jumlah pelajar memang ramai dan mereka juga aktif dengan pelbagai aktiviti. Itu yang menyeronokkan. Jumlah pelajar yang ramai sama sekali tidak membataskan guru-guru dan pihak sekolah untuk menganjurkan pelbagai aktiviti untuk sekolah mereka. Antaranya PPKI, Model Khas, PVMA.... sehinggakan asrama pun turut disediakan.

Komen salah seorang rakan guru ini ternyata mencuit hati, "Semoga guru2 di SMK Meru dipermudahkan si setiap urusan demi anak2 bangsa...macamana nak buat jadual eh dengan guru 260... saya buat untuk 57 cikgu pun dah ting tong," katanya berseloroh.

Apapun, semoga SMK Meru terus membangunkan anak bangsa. Kata seorang pelayar, Azie Harun, "Cikgu2 SMK Meru semuanya hebat2 belaka, teruskan dengan mendidik anak bangsamu..."

Berita berkaitan, baca di sini http://www.gpsbestari.com/berita/smk-meru-paling-padat-4-600-pelajar-terpaksa-bersesak-1.589119

Sumber: Anne Jais