Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3 mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi sekolah pertama di negara ini yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ikrar melibatkan 93 warga pendidik di sekolah berkenaan disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof  di sekolah tersebut semalam.