Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 bertajuk Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah telah dikeluarkan pada tarikh 7 Jun 2001.

Dalam pekeliling ini menyatakan tentang pemakaian jubah dan serban ketika bertugas di bilik darjah mahupun ketika menghadiri majlis rasmi di dalam dan di luar sekolah. Berikut adalah Surat Pekeliling seperti yang dinyatakan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas di Sekolah

Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah.

Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju  mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Untuk rujukan Surat Pekeliling, boleh klik pautan ini.

https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2008/circularfile_file_000107.pdf