Jika remaja sebayanya kini leka dengan pelbagai jenis gajet atau menunggang motosikal di jalanan, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemok, di sini, memilih mesin jahit bagi menghabiskan masa lapangnya.

Berasal dari Kampung Sarang Tiong, Khairul Amir Nor Azhar, 16, mengakui mula belajar menjahit sejak usianya 13 tahun dengan emaknya, Patimah Yatim, 52, di rumah.