Tiada apa yang dapat dilafazkan seorang bapa disini apabila anak kesayangannya mengalami kecederaan akibat terkena api meriam besi dalam kejadian di Sungai Lokan Sungai Dua, Jumaat lalu. Abdul Razak Bashah,51, berkata anaknya, Muhammad Adam Luqman Abdul Razak,10, sememangnya seorang anak yang baik dan mendengar kata serta tidak pernah bermain meriam besi sebelum ini.