KUALA TERENGGANU – Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring (MTT) menganjurkan empat program untuk pelajar-pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 yang memberi tumpuan kepada ilmu teori dan praktikal bagi memberi lebih pendedahan kepada para pelajar.

Pelajar yang lengkap berpakaian ihram melakukan praktikal bagi tawaf.

 

Program tahunan #PascaPT3 itu adalah simulasi pengurusan jenazah, program memasak bubur asyura yang telah berkolaborasi dengan Masjid Jamek Tok Jiring, Kembara Thaqofi 2.0 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort dan simulasi pengurusan haji dan umrah yang telah mendapat kerjasama baik daripada Lembaga Tabung Haji pada 1 November lalu.

Para pelajar mengutip batu-batu kecil untuk simulasi melontar jamrah.

 

Pihak Tabung Haji telah membawa beberapa replika yang berkaitan seperti Kaabah dan Hijr Ismail, manakala pelajar pula siap dengan pakaian ihram untuk program tersebut.

Mudir dan Timbalan Mudir bersama-sama pelajar mengacau bubur asyura dalam program #PascaPT3.

 

Aktiviti kayak di Peladang Setiu Agro Resort.

 

Para pelajar lelaki bersama hadiah pertandingan yang dimenangi mereka.

 

Pelajar #PascaPT3 kelihatan seronok ketika aktiviti flying fox dalam program Kembara Thaqofi 2.0.