Kuala Terengganu - Sempena Bulan Autisme Sedunia yang berlangsung pada April setiap tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam menganjurkan Sambutan Hari Autisme.

Pengetua SMK Seri Nilam, Zaliha Mat Jusoh berkata, sambutan itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak agar menghargai anak autisme.

Pelajar pendidikan khas tekun mewarna sempena Sambutan Hari Autisme SMK Seri Nilam.

“Sambutan ini babitkan 59 pelajar pendidikan khas, guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid.

Zaliha mengagihkan pensel warna kepada pelajar pendidikan khas yang mengambil bahagian dalam aktiviti mewarna

“Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan itu adalah melukis dan mewarna yang disertai pelajar pendidikan khas,” katanya.

Zaliha (tengah) menunjukkan cara mewarna dengan betul kepada pelajar pendidikan khas

Kata beliau, memandangkan sambutan yang diterima pada Sambutan Hari Autisme ini amat memberangsangkan, pihak sekolah akan mengadakan satu lagi program babitkan pelajar pendidikan khas dan aliran perdana dalam masa terdekat.

Kata beliau, pelajar pendidikan khas juga seperti pelajar lain yang punya perasaan dan ibu bapa serta masyarakat perlu melihat mereka dari sudut positif.

Seramai 35 pelajar pendidikan khas menunjukkan gambar yang diwarnakan sempena Sambutan Hari Autisme SMK Seri Nilam.

Guru Pendidikan Khas Wan Rukizi Wan Ismail memantau aktiviti pelajar ketika mewarna