DUNGUN - Pendedahan berguna diperoleh warga pendidik atau peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMAKA) yang mengikuti Latihan dalam perkhidmatan (Ladap) di sini, baru-baru ini.

Ladap bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) kali ini memberi pendedahan kepada guru bukan opsyen SMKAKA 2017.

Pengetuanya, Mat Lazim Mamat berkata, program melibatkan seramai 55 guru dari sekolah itu.

Menurutnya, latihan atau program ini membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan pendidikan PJK kepada peserta.

“Ia juga satu pendedahan yang amat berguna supaya ilmu diperoleh dapat dimanfaatkan pula untuk kecemerlangan sekolah dan pelajar.

“Selain mencedok ilmu dalam bidang dikhususkan, ia membantu memupuk semangat kerjasama, kerja berpasukan dan mewujudkan nilai kebertanggungjawaban menerusi setiap aktiviti dijalankan, ”katanya.