KUALA NERANG - Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad (SMKDSA) mengharumkan nama sekolah apabila muncul johan dalam pertandingan Public Speaking dan Poetry Recitation peringkat Padang Terap di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedu, baru-baru ini.

Zulkarnain Mat Isa, 13, berjaya menjadi johan dalam pertandingan Public Speaking bagi skrip My Favourite Book, manakala Muhamad Shaukani Halim dan Syafinaz Abd Halim johan berduet dalam pertandingan Poetry Recitation dengan mendeklamasikan sajak The Bright Light.

Menurutnya, mereka terkejut diumumkan sebagai pemenang.

"Kami berterima kasih kepada guruSMKDSA, Noryani Ahmad, Noramiza Abd Manan, Nurfarah Zawani Ahmad Kamil, Siti Rohani Abdullah dan Hafizudin Yahya yang banyak membimbing kami sehingga berjaya.

“Kejayaan ini diharap akan menjadi semangat lagi kepada pelajar SMKDSA pada masa hadapan bagi meneruskan kejayaan serta mengharumkan nama sekolah ini,” katanya.