Meja kerja yang kemas dan tersusun akan melahirkan fikiran yang segar dan tidak serabut.

Tambah lagi, meja seorang guru yang sangat sibuk dengan tugasan harian sekolah.

Baru-baru ini, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, Zaliha Mat Jusoh telah menobatkan meja guru paling ohsem kepada Cikgu Hilda Mohd Ali.

Guru Prinsip Akaun dan Kemahiran Hidup Bersepadu itu tidak menyangka mejanya terpilih kerana ianya tiada makluman daripada pengetua.

"Meja saya tak cantik pun cuma mungkin kebetulan pada hari itu pengetua tengok paling kemas.. tapi saya memang tak suka kalau meja bersepah.

"Masa tu saya dalam kelas.. pengetua datang ke bilik guru dan melihat semua meja guru," ujarnya.

Menurutnya, sebelum ini, pengetua pernah beberapa kali datang bilik guru melihat keadaan meja guru.

"Inilah kali pertama ada hadiah.. nak kata gembira tu tak jugak.. terharu pun ada.. pengetua kita bagi penghargaan macam tu.

"Semoga ianya boleh memberi semangat kepada guru-guru lain supaya sentiasa pastikan meja guru dalam keadaan kemas dan bersih," katanya.

TAHNIAH CIKGU HILDA!

Keadaan meja Cikgu Hilda yang sentiasa kemas dan tersusun.