KEYAKINAN jaguh keirin negara, Mohd Azizulhasni Awang untuk mempertahankan gelaran juara dunia di Belanda Februari tahun depan tidak terjejas walaupun gagal menaiki podium dalam dua siri Piala Dunia. Awal pagi semalam.

Azizulhasni yang turut dikenal sebagai The Pocket Rocketman sekadar meraih tempat ke-10 keirin dalam Piala Dunia kedua di Manchester, England.

Ia kegagalannya yang kedua berturut-turut selepas terkandas dalam pusingan awal Piala Dunia pertama di Poland, minggu lalu.

"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pencapaian pada dua siri Piala Dunia di Manchester. Dengan kecederaan di buku lali yang dialami ketika kemalangan di Poland, saya masih berjaya meneruskan perjuangan di Manchester dengan keputusan yang amat memuaskan walaupun tidak dapat menaiki podium.

"Secara peribadi, saya berasakan ini adalah permulaan baik sebelum menghadapi Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia pada awal tahun 2018," katanya.

Bagaimanapun bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar, Dungun

"Tidak dinafikan ada beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan dan diperbaiki dalam tempoh dua bulan akan datang sepanjang latihan di Melbourne. Ini termasuk juga persediaan fizikal, taktikal dan mental bagi menghadapi pencabar yang terdiri daripada pelumba terbaik di dalam dunia nanti.

"Saya dan rakan sepasukan, Fatehah Mustapa akan terus mempertingkatkan usaha untuk mendapatkan momentum sebelum Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia nanti," katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasni dijangka tidak menyertai baki tiga lagi siri Piala Dunia di Kanada, Chile dan Belarus kerana sudah mengumpul mata yang cukup untuk mencabar Kejohanan Dunia di Belanda, Februari depan.