Ada hari yang senang untuk ibu bapa kejut anak pergi sekolah. Ada hari yang cukup 'penat' bila anak liat nak bangun pagi. Mak ayah kena pot pet pot pet dulu barulah anak bangkit. Itu jika berjaya, jika gagal, alamatnya anak tak nak pergi sekolahlah jawabnya.

Di sini, Cikgu Iznan berkongsi 9 tip untuk parents yang sering berhadapan situasi ini...Jom kita tengok...

1) Beri anak-anak makan malam awal sedikit sekitar pukul 7 malam.

2) Kurangkan aktiviti yang aktif sebelah malam. Kalau boleh pukul 9 tu dah tutup elevisyen. Boleh baca buku atau siapkan kerja sekolah.

3) Masuk tidur awal. Pukul 10 ajak anak-anak masuk tidur. Jadikan ini sebagai rutin. Jangan biarkan anak tidur tak tentu masa.

4) Sebelum tidur tu pesan pada anak supaya esok dapat bangun dengan mudah bila kita kejutkan.

5) Peluk dan cium sebelum mereka tidur. Mereka akan rasa happy dan bersemangat.

6) Pastikan mereka tidak tidur petang terlalu lewat dan terlalu lama. Kalau anak-anak biasa tidur petang, biarkan mereka tidur dalam sejam antara pukul 2-5 petang.

7) Kalau dah kejut tapi tak nak bangun juga, beritahu mereka yang hari ni ada aktiviti menarik di sekolah. Mereka akan lebih teruja untuk ke sekolah. Ataupun boleh cakap yang Si A (kawan baik anak) sedang menunggu dia di sekolah.

8) Apabila ada hari yang anak anda senang bangun, puji sikap dia yang baik tu.

9) Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita.

Sumber: Blog Cikgu Iznan