Pelajar sains selalunya menggunakan otak kiri sahaja.

Pelajar sastera lebih cenderung menggunakan otak kanan. Jadi pelajar sains yang mengambil subjek sastera akan menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan otak kiri sepanjang masa.

Ini baik untuk pembelajaran kerana memudahkan kefahaman dan tidak meletihkan otak untuk belajar.

Menggunakan sebelah otak sahaja meletihkan pelajar. Sebab itu pelajar sains yang banyak menggunakan otak kiri terpaksa mendengar muzik, misalnya ketika belajar untuk mengimbangkan kegiatan otak kanan yang lebih sukakan santai dan imaginasi.

Sementara pelajar sastera yang banyak menggunakan otak kanan yang lebih imaginatif terpaksa menggerakkan otak kiri untuk logik rasional supaya mudah memahami pelajaran.

Mempelajari Sastera juga saya dapat mendalami khazanah kesusasteraan negara dan mengetahui ciri-ciri penting dalam penghasilan sesuatu karya.

Tidak semestinya kalau seseorang itu pelajar sains, dia tidak boleh mengambil subjek sastera. Semuanya bergantung kepada minat individu itu sendiri.