Peribahasa yang menggunakan perkataan rumah.

Antaranya ialah:

 

1. Rumah buruk disapu cat

Erti :  Orang tua yang suka bersolek.

 

2. Rumah gedang bersendi perak

Erti : Bangsawan yang kaya.

 

3. Rumah gedang perabung upih

Erti :Sesuatu yang baik namun terdapat sedikit kekurangan hingga tak nampak kebaikkannya

 

4. Rumah mana yang tidak bersampah

Erti : Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

 

5. Rumah siap, tukang dibunuh

Erti : Hukuman yang sudah diputuskan tidak dapat diganggu-gugat lagi.

 

6. Rumah sudah pahat berbunyi

Erti :  Perasaan tidak puas hati ataupun rungutan setelah kerja siap dilakukan kerana  kerja- kerja yang siap dilakukan tidak sempurna.

 

7. Rumah terbakar tikus habis keluar

Erti : Apabila negeri huru-hara rakyat akan lari.

 

8. Rumah tinggal, sarang hantu;orang bujang, sarang fitnah

Erti : Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

9. Dalam rumah membuat rumah

Erti : Mencari keuntungan atas perbelanjaan atau pembiayaan orang lain.

 


10. Memperlihatkan rumah buruk kepada orang maling

Erti : Menunjukkan kemiskinan diri kepada orang lain

 

11. Tiada berorang di rumah

Erti : Perempuan yang belum bersuami tetapi sudah rosak.