Ibu bapa atau penjaga kena buat usaha menasihati dan mendidik dulu sebelum mengambil keputusan dan tindakan untuk merotan anak.

Tindakan merotan ni pun perlu diambil kalau anak tak makan nasihat dan didikan tu.

Kalau dah tak ada cara lain sangat dah, baru boleh merotan.

 

  • Rotan apabila anak-anak sudah berumur 10 tahun ke atas

Anak-anak bawah 10 tahun biasanya masih tak faham dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Jadi, lebihkan nasihat kepada anak-anak bawah 10 tahun. Bila anak-anak dah baligh, bolehlah merotan hingga mereka menjauhi segala kesalahan yang dah dilakukan.

  • Rotan dengan cara yang tidak menyakitkan

Dilarang sama sekali untuk merotan anak-anakdi bahagian muka dan bahagian-bahagian yang merbahaya macam dekat kepala, perut, dada dan kemaluan. Merotan bukannya bertujuan untuk mendera sampai tinggal lebam pada badan dan sebagainya.

Sebaliknya lebih kepada nak bagi anak-anak ni terasa menusuk dalam kalbu - bagi peringatan dan pengajaran.

 

  • Emosi kena stabil sebelum merotan

Jangan merotan atau memukul ketika korang tengah marah.

Otak kena waras sebelum mengambil tindakan untuk merotan anak.

Tarik nafas dalam-dalam dan cuba dapakan ketenangan. Merotan dalam keadaan yang marah akan menyebabkan kecederaan yang teruk pada anak-anak.

 

  • Rotan  tidak melebihi had

Merotan tidak boleh melebihi 3 kali untuk kali pertama. Rotan yang pertama kali tu mestilah perlahan sikit supaya anak tak rasa sakit sangat.

Nanti terkejut sangat pulak diaorang. Kalau anak masih degil, rotan 3 kali.

Kalau degil lagi rotan 10 kali. Tapi jangan rotan lebih daripada 10 kali. Dan pastikan jugak alatan merotan tu tak memudaratkan anak sampai berdarah dan lebam badan.

 

  • Berhenti kalau anak minta jangan dirotan

Kalau pertama kali nak rotan, anak dah minta supaya jangan dirotan, berhentilah merotan.

Bagi peluang pada diaorang untuk berubah dengan janji tak akan ulang balik kesalahan yang sama.

Tindakan ni lebih baik daripada terus merotan anak-anak. Nanti anak-anak jadi berdendam pulak dengan kita.

 

  • Rotan sendiri anak

Ibu bapa atau penjaga mesti rotan sendiri anak.

Tak boleh wakilkan pada adik-beradik lain atau cikgu.

Ini untuk mengelakkan pergaduhan antara ibu bapa dengan orang yang diwakilkan untuk merotan.

 

Keluarga Islam

Islam tu senang. Islam itu indah. Islam tu nak menjaga sangat umat dia. Tapi kita ni selalu saja pandang lewa dekat undang-undang dan ajaran Islam tu kan? Padahal faedah dia banyak.

Kadang-kadang cara kita tafsir dan laksanakan undang-undang dan ajaran Islam tu jauh terpesong dari maksud yang sebenarnya.

Macam mengajar anak dengan merotan ni, ada macam-macam pendekatan yang disarankan supaya tindakan ni tidak akan sekali-kali membuat anak-anak sakit sama ada secara fizikal atau pun mental.

Tapi, cara orang yang melaksanakannya tindakan merotan anak ni tanpa merujuk kaedah Islam yang merosakkan segala-galanya.

Korang ada anak? Atau akan ada anak? Macam mana korang nak didik anak-anak korang nanti?

Setuju atau tidak dengan kenyataan Ibu Bapa Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

 

 

Sumber : Fadzi Razak