Mewarna atau melukis ialah aktiviti mudah yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan kecekapan, kemahiran seni tangan mereka dan membina minda yang kreatif.

Aktiviti seperti ini menceriakan mereka kerana kanak-kanak sememangnya tertarik kepada warna terang. Malah, mewarna merupakan aktiviti menenangkan yang mendorong ramai orang dewasa menjadikannya sebagai hobi!

Mengambil inspirasi tersebut, Faber-Castell memperkenalkan inovasi terbaharu dalam alat mewarna menerusi Watercolour Soft Pastels (Pastel Lembut Cat Air) baharu, yang dapat menghasilkan kemasan berbeza kepada pengguna.

Mereka boleh menggunakannya dalam bentuk asal untuk mendapatkan sentuhan krayon berpigmen selicin sutera pada lukisan pastel berminyak, mahupun  menambah satu lagi langkah memberusnya dengan air secara perlahan-lahan untuk menghasilkan kesan cat air.

Watercolour Soft Pastels tidak perlu ditajamkan, menjadikannya alat mewarna yang mudah digunakan oleh murid-murid sekolah.

Selain anak-anak remaja, Watercolour Soft Pastels ini sesuai untuk kanak-kanak kecil dan mereka yang baru belajar kerana batang pewarna ini boleh dipegang dengan erat dan mudah meluncur di atas kertas.

Ia boleh juga digunakan atas apa saja permukaan, termasuk kertas, kaca dan cermin. Warna-warnanya pula begitu menyerlah di atas permukaan gelap mahupun cerah.