‘SELF-BELIEF’ atau percaya-diri merupakan perkara yang sangat penting dan dapat membantu dalam aspek kehidupan khususnya kejayaan dalam pelajaran.

Percaya-diri yang positif menjadikan pelajar lebih yakin dan mudah berinteraksi dengan orang lain, mengeluarkan idea serta pendapat, bersemangat dalam belajar serta kreatif.

Kajian mendapati bahawa mereka yang memiliki percaya-diri positif akan lebih berjaya dan yakin dalam pelajaran berbanding dengan pelajar rendah percaya-diri.

Justeru, adalah penting untuk pelajar dibentuk dan ditanam dalam dirinya dengan percaya–diri yang positif.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang mengehadkan atau membatasi percaya-diri seseorang.

Secara umumnya NLP mengklasifikasikan tiga jenis percaya-diri yang menghalang seseorang itu untuk cemerlang atau berjaya, iaitu:

1. Percaya bahawa dirinya tidak mempunyai

2. Percaya bahawa kejayaan dirinya hanya bergantung pada nasib.

3. Percaya bahawa dirinya tidak berharga

Ketiga-tiga kepercayaan itu pastinya menghalang kepada percaya-diri positif.

Jika pelajar mempunyai salah satu daripada kepercayaan tersebut, maka sudah pasti sukar untuk ia berjaya.

Untuk mengatasinya, NLP mencadangkan kita melakukan tujuh langkah untuk keluar daripada kepercayaan tersebut, iaitu:

1. Berpegang kepada kepercayaan yang memberi anda kekuatan dan semangat.

2. Abaikan kepercayaan yang menyekat tahap keyakinan dan tenaga anda.

3. Tahu dan sedar akan batas percaya-diri anda.

4. Berusaha untuk atasi perkara yang menghalang percaya-diri positif.

5. Jangan biarkan kepercayaan negatif menguasai diri anda.

6. Membongkar tujuan kepercayaan. 

7. Buktikan kepercayaan salah sebagai salah Kaedah NLP didapati amat berkesan dalam membantu anda menghapuskan “limiting belief” anda.

Anda perlu buktikan bahawa kepercayaan tersebut salah. 

Cara untuk lakukannya adalah, apabila anda berfikir bahawa anda tidak boleh melakukannya maka terus lakukannya atau “Just Do It” sehingga ia tercapai.

Buktikan pada diri anda bahawa kepercayaan tersebut memang salah atau tidak betul.

Langkah untuk ubah percaya-diri:

Gantikan kepercayaan negatif anda dengan yang positif.

Analisis matlamat anda dan keadaan yang menghasilkan kepercayaan tersebut.

Periksa apakah ia memberi impak positif atau negatif kepada anda.

Sekiranya ia adalah negatif, cuba cara yang paling mungkin anda dapat menggantikannya dengan yang positif.

Sehubungan itu saya mengesyorkan supaya ibu bapa dan guru memastikan anak serta pelajar mengikuti program NLP sehari yang dianjurkan Akademi NLP Malaysia (ANLPM) dan   GPSBestari.com ini.

Ia merupakan satu peluang keemasan yang sukar didapati.

Saya percaya pelaburan minimum anda akan lebih daripada berbaloi.

http://www.gpsbestari.com/aktiviti/pengumuman/seminar-teknologi-kejayaan-diri-nlp-1.742425