Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017 dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Fakluti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti UKM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Seroja sempena 10 tahun pelaksanaan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di persada pendidikan negara.

Konvensyen ini terbuka kepada semua warga pendidik terutamanya pentadbir dan guru-guru Sekolah Kecemerlangan di seluruh negara.

Objektif :

 • Menyediakan platform untuk perkongsian kejayaan cemerlang SKK sepanjang sepuluh (10) tahun pelaksanaannya kepada warga pendidik dan masyarakat.

 • Berkongsi amalan terbaik pengurusan dan proses pendidikan sebagai model untuk membangunkan sekolah cemerlang dan menjadi showcase di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 • Mengenal pasti dan menangani cabaran pendidikan abad ke-21 dengan berkongsi dapatan kajian berkaitan sistem pendidikan yang dinamik

 • Merangka hala tuju pendidikan di SKK dan merencana perubahan bagi melestarikan kecemerlangan pendidikan abad ke-21. Tema “Kelestarian Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21” Tarikh 26 – 28 September 2017 Tempat Auditorium Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Penyertaan

Terbuka kepada semua warga pendidik seluruh negara.

 

Yuran Penyertaan

Peserta Konvensyen Tanpa Penginapan - RM 100.00 seorang

Peserta Konvensyen Dengan Penginapan 2 Malam - RM 140.00 seorang (Di Kolej Pendeta Za’ba UKM)

Bayaran yuran penyertaan dan penginapan hendaklah dibuat kepada PIBG SK Taman Seroja secara e-Banking ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12104010005165. Bukti pembayaran hendaklah diemelkan kepada Bendahari PIBG SK Taman Seroja hanapiahjm@yes.my atau WhatsApp Tn Syed Kamal Azira 019-2550899 dan satu salinan dihantar kepada sbkkluster@gmail.com.

 

Pendaftaran Penyertaan

Borang pendaftaran konvensyen boleh diisi secara dalam talian melalui https://goo.gl/forms/HYj5gRIdueU2yGbp2.

 

Tarikh Tutup Penyertaan

Sebelum 15 Ogos 2017

 

Keterangan Lanjut

 

Hubungi Pn Nor Aripah Binti Ali 03-83217411/017-3070246 (aripah.ali@moe.gov.my)  ATAU Cik Norhanida Binti Samsudin 03-83217428/016-2810359 (norhanida.samsudin@moe.gov.my)