Dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh ikuti tips dan cara ini, supaya dapat bantu anak anda ringankan beg ke sekolah.

Terutama anak-anak yang terpaksa seret beg naik tangga sampai tingkat satu, dua atau tiga.

Hoho .. bayangkan kalau beg dah sama saiz dengan badan, pastu penuh ngan buku teks sekolah yang tebal-tebal.. boleh bengkok ooo tulang belakang!

Meh ikuti tips ringkas dan mudah cara ringankan beg sekolah anak

Apa yang perlu anda buat ialah cari pelekat berwarna.

Beli yang siap ready-made - dah siap dengan pelekat pastu dalam ukuran seragam. Di kedai buku ada jual banyak saiz, dan banyak warna.

Selalunya pelekat itu saiz petak-petak, ada juga yang bulat. Warna dia kebanyakkan warna terang atau florescent.

Selepas itu, padankan satu warna dengan hari sekolah.

Lekatkan warna pelekat ikut warna hari sekolah pada buku-buku yang matapelajaran diajar pada hari tersebut.

Kemudian, susun pada rak buku anak-anak anda.

Jadinya, setiap kali sebelum pergi ke sekolah, lihat jadual yang ditampal pada rak buku, dan lihat warna pelekat.

Hanya bawa buku yang ditampal dengan warna pelekat yang sama warna dengan hari.

Amacam? Ok? Faham tak macamana? Lagipun ia untuk memudahkan anak-anak untuk susun jadual dan buku yang nak dibawa, tak perlu nak belek-belek dah, cuma tengok warna pelekat sahaja.

Dan lagi, ia juga boleh elak buku teks dan buku kerja daripada diambil oleh rakan lain.

Senang nak mudah nak kenal buku sendiri bila ada pelekat macam ni - dengan syarat yang lain tak buat benda yang sama.

Semoga bermanfaat.

 

 

Sumber : Hasrul Hassan