KUALA TERENGGANU - Seramai 718 ibu bapa menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam dirasmikan Pegawai Penyelaras Dun Wakaf Mempelam, Salleh Othman pada 10 Februari lalu.

Setiausaha PIBG, Abdullah Mamat berkata, tiga usul utama dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

“Usul pertama iaitu pihak sekolah minta kebenaran untuk memungut wang sumbangan PIBG bagi setiap keluarga berjumlah RM50.

"Kami juga meminta pihak sekolah memperuntukkan sejumlah RM99 sebulan untuk kemudahan internet di pusat sumber sekolah," katanya.

Tambahnya lagi, turut mengusulkan kutipan wang sumbangan daripada ibu bapa RM5 setiap pelajar dan jumlah maksimum RM10.00 setiap keluarga bagi tabung surau sekolah.

Ketiga-tiga usul ini mendapat kelulusan pada mesyuarat itu yang dijalankan babitkan pihak sekolah dan ibu bapa.

Zaliha (tiga, kiri) dan Salleh (tengah) ketika melancarkan nama kelas Asma Al-Husna di SMK Seri Nilam.

Sementara itu, turut diadakan majlis penyerahan cek Bantuan Awal Pendidikan (BAP) 2018 kepada Pengetua SMK Seri Nilam, Zaliha Mat Jusoh melibatkan peruntukan berjumlah RM74,000.

"Seramai 680 pelajar SMK Seri Nilam layak menerima BAP berjumlah RM100 seorang.

"Bantuan ini inisiatif membantu pelajar memerlukan dalam pendidikan dan agihan BAP kepada ibu bapa dilaksanakan selepas selesainya mesyuarat,” katanya.

Turut diadakan pelancaran nama kelas Asma Al-Husna dan pasar kebajikan iaitu ibu bapa boleh mengambil barangan yang disumbangkan secara percuma.

Salah seorang pelajar menerima cenderamata.
Salleh (dua, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ajk PIBG yang terlibat dalam mesyuarat.
Salleh menyampaikan cenderamata kepada ibu bapa yang menghadiri mesyuarat agung PIBG SMK Seri Nilam.