KUALA TERENGGANU - Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 (SKSS2) meletakan sasaran untuk mara ke pentas final dua daripada tiga kategori dipertandingkan pada  Karnival Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Dalam Dun Ladang di Padang SK Gong Kapas, esok.

Ketua jurulatih SKSS2, Md Norhisham Nik berkata, tiga pasukan dipertaruhkan dalam kejohanan ini membabitkan kategori bawah 12 Tahun (B-12), B-10 Tahun dan B-8 Tahun.

Katanya, dia yakin sasaran ke final terutama bagi pasukan B-12 mampu direaslisasikan berdasarkan rekod cemerlang mara ke separuh akhir dalam Kejohanan Bolasepak B-12 Tahun peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu (MSSDKT) sebelum ini.

“Kita sememangnya menaruh harapan dua pasukan B-12 dan B-10 Tahun layak ke final manakala B-8 Tahun melangkah ke separuh akhir.

“Kita yakin, sokongan padu yang diberikan pengurusan sekolah iaitu Pengurus Pasukan, Rosli Long dan ibubapa membantu menaikkan semangat pemain,” katanya ketika ditemui selepas Kejohanan Bolasepak B-12 Tahun peringkat MSSDKT di Padang SK Pusat Chabang Tiga.

Mengulas kejohanan itu, Md Norhisham berkata, pihaknya sememangnya mensasarkan mara ke separuh akhir dan pemain berjaya melaksanakan mengikut percaturan.

Pada kejohanan itu, SKSS2 meraih tempat ketiga bersama SK Gong Tok Nasek manakala SK Seri Budiman 1 naib juara dan SK Kepong dinobat sebagai juara kejohanan.