Pastinya cikgu memikirkan bagaimana ingin menjadikan suasana pengajaran itu lebih menarik supaya pelajar tidak bosan di dalam kelas.

Lagi-lagi subjek yang susah untuk tarik perhatian pelajar seperti Sains.

Perkongsian ini pastinya memberi manfaat kepada cikgu lain untuk mengikuti langkah ini.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Guru Cemerlang Sains, Norhailmi Abdul Mutalib dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun mengenai cara untuk menggunakan aplikasi AR pada buku teks Sains.

+++

Penggunaan Augmented Reality (AR) dalam buku teks Sains Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan satu ciri sangat menarik.

Bukan sahaja murid boleh melihat sendiri video atau animasi tersebut, malah guru juga dapat menggunakan AR tersebut sebagai bahan tambahan bantu mengajar.

Saya kongsikan tutorial untuk menggunakan AR pada buku teks Sains KSSM. Selamat membaca!

1) Muat turun aplikasi

Langkah pertama adalah pergi ke Google Playstore (Android) untuk muat turun aplikasi yang digunakan. Hanya taip "AR Buku Teks".

 

 

2) Memasang aplikasi

Seterusnya memasang aplikasi tersebut. Anda akan dapat melihat paparan awal seperti di bawah dengan pilihan beberapa buah buku. Sehingga Mac 2018, buku teks yang ada adalah Sains bagi tingkatan satu dan dua menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

 

 

3) Pilih untuk muat turun

Klik pada buku teks pilihan anda untuk muat turun bahan berkaitan.

 

 

4) Imbas buku teks

Langkah terakhir adalah imbas pada bahagian buku teks yang ditandakan simbol AR tersebut. Aturkan semula kedudukan pengimbas jika gagal mendapatkan AR yang dihajatkan.

 

 

5) Gunakan AR

Akhir sekali, bolehlah menggunakan aplikasi AR tersebut bagi tujuan pembelajaran.

 

 

Semoga perkongsian tutorial menggunakan Augmented Reality pada buku teks Sains KSSM ini membantu lebih ramai guru dan murid mengoptimumkan penggunaan bahan yang ada pada buku teks itu. Selamat beramal!