EMPAT pemain skuasy dari Kedah yang bergelar juara dalam empat kategori pada kejohanan British Junior Open 2018, menerima ganjaran sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Mereka ialah Juara Kategori Bawah 19 Wanita, S Sivasangari, pemain adik-beradik, Aira dan Aifa Azman pula masing-masing memenangi Kategori Bawah 15 dan 17 Wanita serta Juara Kategori Bawah 13 Wanita, K Sehveetrraa.

Exco Sukan Kedah, Datuk Aminuddin Omar berkata, kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian empat pemain tersebut membawa nama Kedah dan Malaysia meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.