Baru berusia 11 tahun tetapi sudah memiliki program masakan atas talian sendiri, inilah kanak-kanak berbakat besar ‘Danish Red Kitchen’ yang mempunyai lebih 90,000 pengikut di Instagram dan lebih 30,000 pengikut di Facebook.

Murid tahun lima pemilik nama Danish Harraz ini sememangnya semakin dikenali dalam kalangan masyarakat.

Danish merupakan chef cilik yang kian mendapat perhatian berikutan kehebatannya dalam bidang kulinari dan pastri.

Mula meminati bidang masakan seawal usia tiga tahun lagi dan ketika berusia enam tahun, Danish sudah mampu untuk memasak sendiri.

Pada usia tujuh tahun pula, Danish sudah memiliki perniagaan atas talian. Hebatkan?

Baru-baru ini resepi yang dikongsikan di akaun peribadi twitternya iaitu Chewy Chocolate Chip ala Subway menjadi tular dan mendapat lebih 6,000 retweets.

Jom kita lihat cara-cara membuat Chewy Chocolate Chip ala Subway yang tular itu.

Langkah demi langkah menghasilkan Chewy Chocolate Chip Cookies

 

Seperti yang Danish janjikan, ini resipi Chewy Chocolate Chip Cookies untuk dicuba oleh semua. Untuk dapatkan 'chewy' tu harus guna 'brown sugar' dan  jangan terlebih bakar.
Bila keluarkan daripada ketuhar biarkan 'cookies' tu 'set up' dalam dulang tu sebelum dipindahkan.

 

Senarai bahan dan cara-caranya. Selamat mencuba #ResipiDanishHarraz.

 

Ini pula Danish guna 'chocolate chunk' bukan 'chocolate chips'. Boleh guna 'baking chocolate' yang dicincang, jadi nanti bila bakar kita akan nampak dia cair. Boleh buat 'big
cookies', puas makan. Ini untuk 'customer' Danish, mereka order saiz biasa.

 

Chewy Almond Choc Chips. Danish cincang 'baking chocolate' gantikan 'choc chips'. Yang ini ada 'Almond Nibs'. Danish 'roast Almond Nibs' tu dalam ketuhar sebentar, sejukkan dan
baru masukkan ke dalam adunan. Jika untuk raya boleh buat saiz macam ini.

 

Danish sedang menyediakan  Chewy Chocolate Chip sebelum dibakar.

 

Chewy Chocolate Chip ala Subway yang siap dibakar.

 

Mudahkan? Adik-adik boleh cuba resepi adik Danish ini dengan bantuan ibu bapa di rumah. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter @Danish_Harraz
Gambar: Twitter @Danish_Harraz