RIAU – Program Pertandingan Kebitaraan Etos, Pertukaran Pelajar dan Jaringan Antarabangsa telah diadakan pada 30 April hingga 3 Mei lalu, di sekolah SD Islam As Shofa, Riau, Indonesia. Program ini melibatkan tiga buah sekolah dari Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (M) Kajang, SK Saujana Impian, dan SK Saujana Impian 2.

Seramai 25 orang murid, 14 guru termasuk 5 ibu bapa telah bersama-sama ke  program Pertandingan Kebitaraan Etos tersebut untuk memberi sokongan moral kepada murid yang terlibat dengan program pertukaran pelajar ini.

Melalui program sebegini dijangka dapat mengeratkan serta memperkuatkan lagi jaringan dan jalinan antarabangsa antara dua buah negara. Selain daripada itu, program ini turut membuka laluan bagi murid-murid berkongsi idea dan kelebihan bidang etos setiap sekolah terlibat iaitu dalam bidang matematik, bahasa Inggeris dan juga catur.

Murid dan guru juga bukan sahaja dapat membawa pulang ilmu yang dipelajari ketika di Indonesia dan diaplikasikan di sekolah masing-masing, malah memberi peluang murid-murid mempelajari budaya masyarakat di Indonesia serta merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat di sana.

Terdapat empat kategori pertandingan, termasuklah Poetry Recitation Competition, Scrabble Competition, Chess Competition, dan juga Hotsmaths.

Berdasarkan keputusan pertandingan, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (M) Kajang telah merangkul pingat emas secara keseluruhan melalui keempat-empat pertandingan.

Ketika sesi penyerahan keluarga angkat.

Salah seorang murid peserta program bersama keluarga angkat.  

Peserta yang terlibat dengan program Pertandingan Kebitaraan Etos, Pertukaran Pelajar dan Jaringan Antarabangsa.

Ketika pertandingan Hotsmaths.

Nurin Zahrra Hilmy Amirul Hilmy, SK Convent (M) Kajang juara bagi Poetry Recitation Competition.

Jalinan dua negara.

Peserta dan guru pengiring merakamkan kenangan di Perpustakaan SD Islam As-Shofa, Riau, Indonesia.

Tersenyum girang dengan kejayaan yang diperoleh.