Cheras - Bagi memeriahkan sambutan Hari SUkan Negara pada 14 Oktober yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana mengadakan pelbagai aktiviti sukan yang sangat menyeronokkan.

Sambutan yang dimulakan seawal 7.30 pagi itu disertai semua pelajar dan guru tanpa mengira sekolah sebenarnya sudah mula bercuti sempena Deepavali.

Aksi Cikgu Mohd Azman Ibrahim yang merupakan guru Prinsip Akaun ketika senamrobik yang menjadi acara pembukaan Hari Sukan Negara SMK Bandar Damai Perdana.

 

Semangat yang ditunjukkan warga SMK Bandar Damai Perdana amat mengujakan apabila kesemua mereka mengambil mengambil bahagian dalam acara yang diadakan pihak sekolah.

Bermula dengan acara senamrobik diketuai instruktor jemputan diiringi lagu yang menghiburkan.

Lebih mengujakan ada guru yang sanggup bersenamrobik sambik mendukung anak yang masih kecil.

Guru Bahasa Melayu Cikgu Engku Nor Azura Engku Aziz cuba melepasi halangan pasukan lawan sambil diperhatikan Guru Penolong Setiausaha Sukan, Cikgu Rabihah Muhammad, ketika futsal pasukan pengetua melawan pasukan guru penolong kanan pentadbiran.

 

Pengetuanya, Norliza Kamaruddin berkata, selesai senamrobik pelajar dan guru berentap dalam perlawanan futsal dan bola jaring dengan acara kemuncak program itu adalah perlawanan futsal pasukan Pengetua lawan pasukan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPKP).

"Perlawanan antara guru dan pelajar bukan sekadar memburu gol tetapi lebih bertujuan mengeratkan lagi hubungan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

 "SMK Bandar Damai Perdana bertuah kerana mempunyai guru dan pelajar yang 'sporting' walaupun sekolah sudah mula bercuti untuk Deepavali tetapi mereka tetap hadir untuk menjayakan program yang diadakan," katanya.

Katanya, guru dan pelajar bergabung untuk memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara.

Pelbagai aksi lucu berlaku ketika perlawanan yang mencuit hati dan mencetuskan gelak ketawa antara penyokong kedua-dua pasukan.

Guru Bahasa Melayu dan Sejarah Nur Izzati Afiqah Noor Suhaini tetap mengikuti senamrobik walaupun terpaksa mendukung bayinya.

 

Norliza (tengah) bersama guru dan pelajar SMK Bandar Damai Perdana bergambar selepas habis sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan sekolah itu.

Pasukan guru bersama pasukan pelajar sebelum perlawanan bola jaring berlangsung.