KOTA DAMANSARA - Bagi menghargai jasa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 10 Kota Damansara mengadakan majlis perpisahan untuk 14 guru sekolah itu yang akan bertukar ke sekolah lain.

Pengetuanya, Ros Lizan berkata, kesemua guru terbabit adalah mereka yang berkhidmat hampir 17 tahun di sekolah itu sejak kelas tingkatan enam dibuka pada 2006.

Penolong Kanan Tingkatan Enam,Rosley Ismail bersama guru SMK Seksyen 10 Kota Damansara yang akan berpindah ke sekolah lain.

 

“Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan guru berkenaan sepanjang mereka bertugas di sekolah.

“Pada majlis ini kami sampaikan sijil dan hadiah sebagai kenangan,” katanya.

Naib Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGK), Nik Azmazuraida (tengah) mengiringi Pengerusi KGK, Norazzuwa (kiri) dan Rosley ketika majlis perpisahan berakhir..

 

Sehubungan itu, Ros berharap kesemua guru yang memulakan khidmat di sekolah baharu pada sesi persekolahan ini akan lebih cemerlang di tempat masing-masing.

Ros (tengah) bersama guru SMK Seksyen 10 Kota Damansara meraikan majlis perpisahan.