KUALA TERENGGANU – Krew Pemasaran Sinar Harian turun padang berjumpa warga sekolah di dua buah sekolah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam dan juga SK Bukit Losong, 18 Oktober 2015.

Program yang mengambil masa lebih kurang satu jam di sesebuah sekolah itu banyak memberi input serta penerangan berkenaan surat khabar Sinar Harian bagi menarik ramai pembaca baharu
untuk menjadi peminat setia akhbar Sinar Harian.

Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran Sinar Harian, Rozalina Mohamed turut mengagihkan surat khabar Sinar Harian kepada Guru Besar, SK Tengku Ampuan Mariam, Maslan Mohamad pada program berkenaan.

 

Perjumpaan krew pemasaran Sinar Harian di kedua- dua buah sekolah disambut baik oleh pihak sekolah dan kami sangat menghargai kerjasama yang diberikan.

Dalam program berkenaan, Sinar Harian tidak datang dengan tangan kosong sebaliknya turut mengagihkan pelbagai jenis bahan bacaan, T-Shirt, makanan ringan termasuk surat khabar kepada
warga sekolah.

Sekumpulan murid SK Tengku Ampuan Mariam kelihatan begitu gembira menyertai program yang sedang berlangsung di dataran perhimpunan sekolahnya.

 

Warga pendidik SK Tengku Ampuan Mariam tekun membaca surat khabar Sinar Harian yang diagihkan kepada mereka