Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Johan Setia berlangsung meriah.

Majlis dirasmikan Pengarah Urusan Automated Waste System, Datuk Md Rais Mansor.

Pada majlis itu, murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR 2017 turut diraikan termasuk murid cemerlang dari kesemua darjah.

Sekolah berkenaan turut merekodkan seramai empat calon memperoleh keputusan 6A, dua (5A), 10 (4A) dan 12 (3A).

Ibu bapa murid turut hadir bagi memberikan sokongan selain meraikan kejayaan anak masing-masing, kejayaan itu juga adalah hasil didikan guru yang tidak henti-henti mencurahkan ilmu.

Seorang murid cemerlang gembira menerima hadiah.

Md Rais menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan SKKJS 2017.

Md Rais menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang.

 Md Rais menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang.

Guru yang banyak berjasa membantu kecemerlangan murid.

Ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak.

Murid menyambut ketibaan tetamu dengan pulut kuning dan bunga telur.