Sebut aje nama Nur Amalina, pastinya semua orang kenal. Memperoleh 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 adalah pencapaian luar biasa sangat-sangat.

Jom kita tengok, apa resipi kejayaan bekas pelajar SMK Ulu Tiram, Johor Bahru ini.

Mengingati Pelajaran

“Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulang kaji.

Bagaimana menguasai kesemua mata pelajaran    

"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain, saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham, saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan."

 

Tip mengingati formula & fakta

  1. Buat nota ringkas
  2. Lukis peta minda apabila mengulang kaji @ mempelajari tajuk baru
  3. Wujudkan kata kunci
  4. Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
  5. Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati
  6. Ulang kaji di rumah secara berterusan

 

Tip menguat ingatan

  1. Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas
  2. Berfikiran positif
  3. Fikir perkara berfaedah saja
  4. Elak berfikir perkara yang memesong dan merosakkan minda
  5. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera
  6. Jangan minum minuman bergas