10 panduan untuk guru kesan sesuatu berita itu benar atau palsu

1. Sentiasa ragu-ragu dengan tajuk berita
Cerita berita palsu sering mempunyai tajuk berita yang menarik dengan huruf besar berserta tanda seruan. Jika berita mengejutkan dalam tajuk berita sukar dipercayai, ia mungkin
palsu.

2. URL palsu atau seakan-akan palsu adalah petanda kepada berita yang palsu.
URL palsu atai kelihatan seperti itu boleh menjadi isyarat berita palsu. Banyak tapak berita palsu meniru sumber berita sahih dengan membuat sedikit perubahan pada URL. Anda
boleh pergi ke tapak tersebut untuk membandingkan URL dengan sumber berita yang kukuh.

3. Siasat sumbernya
Pastikan berita ditulis oleh sumber yang anda percaya dan mempunyai reputasi yang baik dari segi ketepatan. Jika cerita itu datang daripada organisasi yang tidak dikebali, semak
bahagian 'Perihal' mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

4. Perhatikan pemformatan yang lain daripada biasa
Banyak tapak berita palsu mempunyai kesalahan ejaan atau reka letak yang janggal. Baca dengan teliti jika anda terlihat tanda begini.

5. Nilaikan foto
Cerita berita palsu sering mengadungi imej atau video yang dimanipulasi. Kadang-kadang foto sahih, tetapi digunakan di luar konteks. Anda boleh mencari foto atau imej bagi
mengesahkan sumbernya.

6. Periksa tarikh
Cerita berita palsu mungkin mengandungi jalan cerita yang tidak masuk akal atau tarikh kejadian yang sudah diubah.

7. Periksa bukti
Semak sumber pengarang untuk mengesahkan ketepatan sumber. Kekurangan bukti atau pergantungan kepada pakar yang tidak dinamakan mungkin menandakan cerita berita palsu.

8. Lihat laporan lain
Jika tiada sumber lain yang melaporkan berita yang sama, ia mungkin menandakan cerita tersebut palsu. Jika cerita tersebut dilaporkan oleh pelbagai sumber yang anda percayai, ia
mungkin cerita benar.

9. Adakah cerita tersebut satu jenaka?
Kadang-kadang, cerita berita palsu sukar dibezakan daripada jenaka atau sindiran. Semak sama ada sumber itu memang diketahui sebagai parodi dan sama ada butiran cerita serta
bentuk penyampaiannya hanyalah untuk gurauan.

10. Sesetengah cerita adalah sengaja dipalsukan
Fikirkan secara kritikal tentang cerita yang anda baca dan hanya kongsi berita yang diyakini dan dipercayai.