Seronok atau tak seronok bila guru dapat berpindah ke tempat baru? Walau apa pun perasaan cikgu, admin nak kongsikan 12 tip yang Mohd Fadli Salleh kongsikan dalam status nya di facebook miliknya. Moga para guru akan lebih bersedia dan ceria dengan senyuman simetri di tempat baru. Tak mahu stres ya.

12 Tip untuk Guru Baru / Baru Pindah

1) Senyumlah dengan semua orang walau ada yang tak balas senyuman kita. Dengan rakan sekerja, dengan kerani dan dengan ibubapa. Jangan kedekut nak senyum, free je kot.

2) Tegur guru-guru lama walau mereka nampak sombong, kita rendah diri untuk menegur dulu. Biasanya yang nampak sombong itu paling mudah untuk kita minta tolong.

3) Jangan menyendiri atau bersama kawan-kawan baru sepanjang masa. Duduk join guru-guru lama bersembang. Walau kita hanya berdiam dan mendengar, walau tak tahu nak menyampuk, dengar saja. Itu menunjukkan kesungguhan kita untuk bergaul dengan mereka.

4) Jangan menolak apa-apa tugasan. Walau tak tahu, terima dan jangan malu bertanya. Tanya pada yang pengalaman. Ramai guru baru suka menolak tugas. Kau jangan macam tu.

5) Jangan cepat percaya pada sesiapa. Walau nampak peramah dan baik, layan macam biasa. Jangan diceritakan apa2 rahsia, kenali peribadi mereka. Ambil masa. Kadang kala orang yang terlebih peramah dan suka ambil tahu inilah penyebar rahsia kita. Hati-hati.

6) Kena berbaik-baik dengan makcik kantin. Jangan sombong walau dia Indon. Karang dia ludah dalam air kita, baru kau tahu langit tinggi rendah. Dengan geng cleaner pun kena baik. Budak muntah senang kau minta tolong. Kalau kau sombong, silap-silap batang mop pun dia sorok.

7) Hari pertama masuk kelas, jelaskan peraturan kita. Kena tegas bagitahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka langgar. Guru baru biasanya terlalu lembut dengan murid, akhirnya murid naik kepala dan tak tahu bagaimana nak dapatkan semula kehormatan dari murid.

8) Tegur dan cuba berboraklah dengan ibubapa. Bila kau baik dengan ibubapa, salah silap kau sikit-sikit setakat rotan dan denda anak dia tak jadi besar. Dia pejam mata je. Penting hubungan dengan ibubapa sebenarnya. Sangat penting.

9) Jangan membodek! Jangan jadi spy kepada pentadbir. Jangan kejar pangkat atau APC. Ada rezeki kau, dapat la nanti. Semua guru akan pulau kau nanti. Ikhlas dan mengajar dengan baik.

10) Kalau sekolah ada program, kau pergi tolong walau bukan kerja kau. Tolong apa-apa sahaja. Paling tidak, kau duduk melepak tempat orang buat kerja. Jangan duduk kat meja sorang-sorang buat kerja kau. Masa program begini waktu kau nak beramah mesra. Ringankan tulang tu walau kau kat rumah jenis pemalas.

11) Jadikan YDP, NYP dan barisan AJK PIBG sebagai kawan. Kau bermasalah dengan murid/ibubapa, senang mereka nak tolong. Apa-apa program yang libatkan PIBG pun senang nak buat.

12) Tepati masa. Tepati masa sampai ke sekolah, masa mesyuarat dan masa masuk kelas. Kalau guru muda tak tepati masa, tak ada orang nak respect kau.

Cukup la dulu 12 tips dari aku. Yang selebihnya kau belajar la sendiri melalui pengalaman. Aku dah bagi panduan tu. Nak ikut ke tak nak, terpulang la.

Aku doakan kau semua jadi guru yang baik dan berjiwa guru. Ikhlaskan niat, InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat datang ke dunia sebenar pendidikan. Sepak terajang dunia sebenar tak diajar di universiti tempatan. Lalui sendiri dalam universiti pengalaman.

" Guru bukan sekadar mengajar A,B,C, guru sejati mendidik pekerti. "

* Kalau ada guru otai nak tambah, silakan la ya.

#MFS

 

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh