Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap guru mesti mempunyai kaedah tersendiri untuk mengajar asalkan bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar.

Begitu juga dengan Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuang, Aida Suzana Mahmood ini.

Cikgu Aida Suzana ini mengadakan aktiviti membina Tugu Imbang Gemilang untuk menguji kebolehan murid melakukan pergerakan yang memerlukan kawalan dan sokongan tubuh badan.

"Murid juga berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan diri," ujarnya.

Cikgu Aida Suzana turut berkata ia menunjukkan kenyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti itu.

"Sebenarnya aktiviti ini juga mampu menguatkan otot-otot rahang mulut murid. Mereka akan sentiasa tergelak dek kerana tugu yang asyik runtuh.

"Aktiviti ini tidak merbahaya kerana ada tunjuk ajar dan bimbingan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tahun empat. Saya nampak mereka selesa dan gembira melakukannya selain satu tarikan untuk murid datang ke sekolah," katanya.

Antara tugu yang dapat dibina mereka seperti:

http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628911.1487145426!/image/image.jpg
12 Tapak Sokongan
http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628910.1487145422!/image/image.jpg
Lapan Tapak Sokongan
http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628909.1487145418!/image/image.jpg
12 Tapak Sokongan
http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628907.1487145410!/image/image.jpg
Tiga Tapak Sokongan
http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628906.1487145405!/image/image.jpg
Enam Tapak Sokongan
http://www.gpsbestari.com/polopoly_fs/1.628912.1487145429!/image/image.jpg
Lapan Tapak Sokongan