KUALA TERENGGANU – Sebagai calon yang pernah dinobat graduan cemerlang NPQEL (Program Kelayakan Profesional Pemimpin Kebangsaan) Ambilan 1 2014, Pengetua SMK Seri Nilam, Noor Aza Abd Aziz berkongsi tip untuk menjadi pengetua berkesan.

Noor Aza berkata untuk menjadi pengetua yang berkesan perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan.

Selain itu, seseorang pengetua harus menguasai ilmu pengurusan dan kemimpinan selain membina hubungan baik dengan guru serta jabatan berkaitan bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

“ Seorang pengetua juga perlu sentaisa mencari ilmu dan mengikuti perkembangan semasa dalam bidang pendidikan dan berkongsi info yang diperoleh dengan pengetua dari negeri lain,” katanya.

Sejak diperkenalkan 17 tahun lalu, NPQEL berjaya melahirkan lebih 5,000 pengetua dan guru besar yang mampu memikul tanggungjawab memimpin sekolah ke arah kecemerlangan.

NPQEL yang sebelum ini dikenal sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) dan  dilancarkan Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 1999 adalah satu program latihan kepada bakal pengetua dan guru besar.

Program latihan yang merangkumi keseluruhan asas kompetensi itu adalah inisiatif Kementerian Pendidikan bagi memperkasakan bidang pengurusan dan kepemimpinan sekolah melalui penyediaan satu kelompok warga pendidik yang bersedia menjalankan amanah tersebut.

 
 

Noor Aza Abd Aziz
Pengetua SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu

Tip Mengajar: Menjadi graduan cemerlang NPQEL.