Bukan mudah mahu menjadi guru yang baik tetapi anda boleh mula sedikit demi sedikit untuk mencapat kejayaan. Di bawah adalah lima kunci kejayaan buat guru-guru:



1. Kekalkan Originaliti Anda

Kebanyakkan sekolah mahukan keunikan personaliti dan 'kekuatan' tersendiri seorang guru bagi membantu mereka bersama-sama mengajar pelajar. Jika anda seorang yang 'quirky' dan kelakar, suntikkan keduanya dalam pengajaran dan pembelajaran anda. 'Be yourself!'




2. Jadi Innovatif

Bagi yang baru menjadi guru, mungkin akan mengambil masa sedikit untuk menyesuaikan diri tetapi sentiasa pastikan anda menyerap segala pengetahuan, idea dan pengalaman dari sesi pengajaran dan pembelajaran anda setiap hari.

 

Jangan gusar untuk bereksperimentasi tatkala mengajar. Mungkin anda perlukan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti yang besar tetapi mulakan dengan kelas anda.




3. Kerjasama

Ini amat penting untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan sekolah anda. Pastikan anda memberi komitmen 100% terhadap sekolah anda terutamanya jika anda guru yang muda dan baru lagi.

 

Jangan banyak memberi alasan dan juga curi tulang! Ia tidak membantu karier anda sama sekali.



4. Berdedikasi

Sentiasa berdedikasi dalam mengajar memandangkan anda memilih untuk menjadi guru pada awalnya. Jika ini bukan kerjaya pilihan anda, belajarlah untuk menyukainya. Apabila anda suka, dedikasi itu lebih mudah untuk datang dan anda akan lebih bersemangat dan gembira untuk menjalankan tugas.



5. Berseronoklah!

Kesemua di atas sudah pasti diperlukan sepanjang anda bergelar guru, dan yang paling utama adalah enjoi dan berseronoklah dengan perjalanan anda sebagai seorang pendidik.

 

Ia mungkin kadangkala menyakitkan hati dan juga memberi stress tetapi itu adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Jadilah diri anda, berkerjasamalah dengan rakan guru lain, sayangkan kerjaya anda dan bergembiralah!