“Atif, tolong ibu angkat baju kat luar sekejap...! Haniyya, tolong kemaskan permainan kamu ya.”

“Aduh, terkial-kial pula tengok budak berdua ni… Boleh ke diorang buat kerja rumah ni?”

Sebenarnya memang lebih mudah untuk kita menyelesaikan sendiri kerja-kerja di rumah.

Tapi, ibu bapa tentu tahu mengapa perlunya latih anak melakukannya. Bukannya kita betul-betul penat atau memerlukan pertolongan,Tapi ia merupakan sebahagian besar daripada perkembangan anak untuk berdikari.

Mereka tak mahu tolong, atau kita tak Latih Anak?

Kita selalunya meminta pertolongan apabila mereka sudah besar. Kita pandang rendah kebolehan anak kecil berusia dua atau tiga tahun.

Bayangkan, apabila sudah besar baru nak latih anak, tentulah ramai yang jadi ‘liat’kerana mereka tidak dibiasakan sejak awal lagi.

 

Kadang-kadang, kita pula tak tahu nak minta mereka tolong sebab semuanya sudah diurus, dan ada pula pembantu rumah.

Tapi, ini tidak bermaksud kita tidak perlu latih anak dengan kerja-kerja rumah ya!

Jadi, bolehlah rujuk pada senarai ini untuk kita lihat kerja rumah apa yang boleh disuruh pada anak kita. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena latih!

Apapu, yang penting, usaha mereka dihargai. Hasil kerja mereka tidak perlu dipertikaikan. Jika kita beri peluang, ia akan menggalakkan mereka untuk lebih rajin membantu, rasa bertanggungjawab, dan cekap menguruskan diri.

Tentulah, mereka masih lagi dalam proses sedang belajar dan masih belum mahir untuk membuat sesuatu perkara seperti orang dewasa.

Sementara itu, pastikan kita memantau kerja-kerja yang melibatkan alatan yang tajam, panas, atau mesin-mesin elektronik yang sukar dikendalikan.

Seimbangkan juga kerja yang boleh dilakukan oleh anak-anak lelaki dan perempuan, sesuai dengan minat dan jantina mereka.