KUALA TERENGGANU – Seramai 650 pelajar tingkatan tiga hingga lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman mengikuti program  Forum Kecemerlangan PT3 dan SPM.

Forum tersebut dikelolakan oleh Usaha Taqwa , sebuah pertubuhan NGO yang bertindak sebagai badan sukarela dalam membantu memandu hala tuju pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kerjaya

Leftenan Komander( B) Rabayah Rahmat bertindak selaku moderator forum , manakala dua ahli panel terdiri daripada Profesor Madya Dr Zulhamri Abdullah dari UPM dan Dr Ahmad Zahiruddin Yahya.

Pelajar tingkatan tiga dan lima yang mengikuti program  Forum Kecemerlangan PT3 dan SPM.



Dua ahli panel tersebut banyak memfokuskan kepada kaedah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Lebih menarik apabila dua panel turut  menceritakan pengalaman silam mereka ketika di bangku sekolah.

Pelbagai soalan diajukan pelajar kepada kedua-dua ahli panel.

Rata-rata persoalan yang diutarakan lebih berkisar kepada kaedah memperoleh pencapaian terbaik dalam peperiksaan.

Turut hadir dalam forum itu Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Hajjah Zaiton Salleh.