FELDA GEDANGSA - Taska Permata Little Star kini secara rasmi dibuka dan masih mempunyai tujuh lagi kekosongan untuk kanak-kanak berumur dari dua hingga empat tahun.

Penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak Kemas Hulu Selangor, Suzawati Misiran berkata, Taska Permata Perpaduan ini diinspirasikan daripada Program Permata Negara iaitu Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak.

“Setakat ini hanya tiga saja kanak-kanak yang mendaftar dan kita mahu penuhkan kuota dengan tujuh lagi kekosongan," katanya.