SHAH ALAM – Bekas Pelajar Melayu Daerah Klang ( BPMK ) dengan kerjasama Alumni STAR Klang akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Kiambang Bertaut 2016.

Sehubungan itu, pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan mereka yang pernah bersekolah di Klang, bekas pelajar dan bekas guru Melayu.

 

Menurut penolong pengarah program, Faridah Mohamad, BPMK sebelum ini hanya disertai bekas pelajar Asrama Istana Mahkota Klang, High School Klang, Anglo Chinese School Klang, Methodist Girls School, Klang dan Convent Klang.

"Tetapi kini penyertaannya kita perluaskan dengan penambahan alumni STAR Klang, Dato' Hamzah Klang, Raja Zarina Klang, Sultan Abu Samad Klang, La Salle Klang dan Tengku Ampuan Jemaah, Klang," katanya.

Katanya, tujuan majlis makan malam amal itu diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan persefahaman.

Selain itu kata beliau, hubungan baik itu suatu yang amat baik untuk rangkaian perniagaan, pertukaran idea dan perkongsian ilmu.

Majlis tersebut diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 14 Mei pada jam 8 hingga 11 malam.

Tema pakaian pada malam tersebut ialah hitam dan emas.

Mereka yang berminat boleh berhubung dengan  Faridah Mohamad (0129030325) dan Dr Mohamad Rafie Md Kaslan (0193744082).

Barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur Makan Malam Amal DiRaja Kasih Bertaut Alumni STAR Klang bergambar bersama YAM Tengku Puteri Noor Zehan Almarhum Dultan Salahuddin Abdul Aziz Shah anjuran Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2012.