BUKIT SENTOSA - Orang ramai terutama pelajar dan graduan lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) dialu-alukan memeriahkan Karnival Pendidikan Kerjaya Hulu Selangor 2016 di ruang legar parkir Tesco Bukit Sentosa, Ahad ini.

Program bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai pameran kerjaya, gerai pameran IPT awam dan swasta.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta inventori kerjaya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi 019-9580455 (Rahmah) atau 013-5821132 (Tarmizi).